Lailatul Amira binti Mohd Azimi
Nor Haslina binti Ali
Rawiah Nusrah binti Azaha






Amirul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Dia sangat baik hati. Amirul rajin membantu ayah dan ibunya membuat kerja rumah. Hidup mereka susah. Ayahnya bekerja sebagai penoreh getah. Manakala ibunya hanya menjual kuih.


Amirul jarang ke sekolah kerana ingin membantu ibunya menjual kuih. Tambahan pula, Amirul takut hendak ke sekolah kerana dia sering dibuli oleh Faris dan rakan-rakannya.
"Yela, aku kan miskin. Siapalah yang sudi berkawan denganku." bisik hati kecil Amirul.






Pada suatu hari, sedang Amirul berehat di bawah sebatang pokok selepas pulang dari membantu ibu menjual kuih, Amirul teringat kisah minggu lepas ketika dia dibuli oleh Faris, Daniel dan Aidan.
Mereka merampas bekal makanan yang dibawa oleh Amirul. Makanan yang sedikit untuk menjadi alas perutnya sehingga ke tengah hari telah dicampak ke longkang belakang kantin sekolah.

















Amirul menangis semahu-mahunya. Dia belum menjamah walau sebutir nasi pun sejak dari pagi.
Nasib Amirul baik kerana masih ada yang sudi berkongsi bekalan dengannya. Syafiq dan Faizal selalu membantu Amirul ketika dalam kesusahan.
Mereka tidak menyombong diri. Teringatkan rakannya itu, Amirul berniat untuk hadir ke sekolah keesokan harinya.










Pada keesokannya, Amirul ke sekolah seperti biasa. Amirul terkejut kerana guru yang memasuki kelasnya pada pagi itu tidak pernah dilihat sebelum ini.
"Itu Cikgu Zahirah, ganti Cikgu Salma. Beliau cuti bersalin." kata Faizal seakan tahu persoalan yang bermain di benak Amirul.










Cikgu Zahirah mendapati satu wajah baharu di kelas itu. "Mungkin itu Amirul, murid yang sudah lama tidak hadir ke sekolah." Cikgu Zahirah cuba meneka sendiri.
Beliau tahu serba sedikit kisah hidup Amirul dari beberapa orang guru yang mengajar kelas Amirul. Pada hari itu, Cikgu Zahirah mengajar seperti biasa dan memberi lebih sedikit tumpuan kepada Amirul.











Selepas tamat masa Cikgu Zahirah, Amirul telah dipanggil oleh Cikgu Zahirah. "Boleh cikgu tahu kenapa Amirul selalu tak datang sekolah?" Amirul hanya diam lalu tertunduk menangis.
"Saya tolong ibu jual kuih. Lagi pula, kalau saya datang sekolah, ramai yang suka buli saya." jawab Amirul dalam esak tangis. Cikgu Zahirah sayu melihat anak kecil itu.













Cikgu Zahirah memberikan kata-kata semangat kepada Amirul untuk mengutamakan pelajaran. Amirul sempat berkongsi dengan Cikgu Zahirah tentang cita-citanya. "Saya nak jadi doktor apabila dewasa nanti, cikgu." Tersenyum bangga Cikgu Zahirah mendengar impian anak itu.




Dari hari ke hari, Amirul semakin bersemangat untuk datang ke sekolah. Sahabat-sahabatnya, Syafiq dan Faizal serta Cikgu Zahirah selalu memberikan kata semangat kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh demi untuk mencapai cita-citanya.
Dia juga sering membuat ulangkaji bersama sahabat baiknya itu. Cikgu Zahirah juga rajin membuat kelas tambahan untuk mereka.





























Cikgu Zahirah menghampiri Amirul yang sedang berbual dengan Syafiq dan Faizal di kantin sekolah. Amirul tersenyum melihat Cikgu Zahirah yang menghampiri mereka.
Wajah Cikgu Zahirah kelihatan sedih. "Cikgu sudah makan?" tanya Amirul. "Amirul... Boleh awak ikut cikgu ke bilik guru?" Amirul saling berpandangan dengan Syafiq dan Faizal. Mereka berasa hairan.











"Ya, cikgu. Ada apa cikgu panggil saya ke sini?" tanya Amirul dalam senyuman. "Allah, kuatkan anak ini." Cikgu Zahirah berdoa di dalam hati.
"Amirul... cikgu ada satu berita yang hendak disampaikan kepada awak."
Amirul merenung Cikgu Zahirah dan bersedia untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya.
"Amirul, ibu dan ayah awak sekarang berada di hospital. Mereka akan di bawa pulang ke rumah awak sebentar lagi."











Amirul terkejut. "Cikgu tidak bergurau kan?"
"Ibu dan ayah awak kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke pekan untuk membeli barang membuat kuih jualan. Ibu awak meninggal di tempat kejadian, manakala ayah awak meninggal dalam perjalanan ke hospital."
Amirul terduduk. "Ibu!! Ayah!! Kenapa tinggalkan Mirul?? Mirul tiada siapa-siapa lagi." Cikgu Zahirah memeluk erat anak yang teresak-esak menangis itu.


Amirul memandang sayu melihat jasad ibu dan ayahnya yang semakin hilang dari pandangan. Jasad orang yang membesarkan dirinya selama ini hilang di kambus tanah merah itu.
"Along.. Kenapa ibu masuk dalam lubang itu?" tanya Aira, satu-satunya adik Amirul yang berusia 5 tahun.
Amirul memeluk adiknya. "Adik, Allah sayang ibu dan ayah. Allah nak jaga ibu dan ayah. Mulai sekarang, along akan jaga adik."
Sungguh tabah hati anak kecil ini. Jiwamu besar duhai anak.











Semenjak pemergian ibu bapa, Amirul dan adiknya tinggal bersama nenek mereka yang sudah tua. Cikgu Zahirah yang bersimpati terhadap nasib anak kecil itu selalu menghulurkan bantuan tanpa dipinta.
"Amirul, belajarlah rajin-rajin. Capai impian awak untuk berjaya dan ubahlah nasib keluarga awak." Kata-kata Cikgu Zahirah sentiasa bermain dibenaknya.





















Cikgu Zahirah, dialah pembakar semangat Amirul. "Disebalik ujian yang mendatang, pasti akan ada pelangi yang hadir mewarnai kehidupan kita." Amirul tersenyum mengingati kata-kata cikgu muda yang banyak membantunya itu.
"Ya! Aku akan pastikan pelangi itu hadir dalam kehidupan aku. Ibu dan ayah pasti bangga dengan aku."













Masanya telah tiba. Amirul bersiap-siap untuk ke sekolah. Hari ini merupakan hari yang dinantikan olehnya dan murid-murid Tahun 6 yang lain. Keputusan UPSR akan diumumkan pagi ini. Berdebar bukan kepalang.
Amirul melihat sahabatnya Syafiq dan Faizal di luar dewan sekolah. Mereka tersenyum gembira, menatap sehelai kertas di tangan.
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Lailatul Amira binti Mohd Azimi
Nor Haslina binti Ali
Rawiah Nusrah binti Azaha






Amirul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Dia sangat baik hati. Amirul rajin membantu ayah dan ibunya membuat kerja rumah. Hidup mereka susah. Ayahnya bekerja sebagai penoreh getah. Manakala ibunya hanya menjual kuih.


- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(11)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $9.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $9.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (11)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(11)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!