Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan buku bertajuk "Wuduk Sempurna". Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Adzli bin Ismail atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menghasilkan buku tersebut. Kami juga berterima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyediaan buku ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang menyokong dan membimbing kami.

Tepat jam 6.30 pagi jam loceng Kak Ros mula kedengaran. Kak Ros segera mengejutkan kedua-dua adiknya iaitu Upin dan Ipin untuk mempersiapkan diri bagi solat subuh dan ke sekolah.
Setelah sampai di sekolah, Upin dan Ipin pun berbual-bual bersama rakan-rakan sambil menunggu Guru Pendidikan Islamnya iaitu Cikgu Melati untuk masuk ke dalam kelas.
Tepat jam 8.00 pagi, Cikgu Melati pun masuk ke kelas. Ehsan dengan segera memberi ucapan "Selamat Pagi Cikgu!", diikuti juga dengan rakan-rakan yang lain.
Cikgu Melati memulakan pengajaran dengan bertanya khabar murid-murid sebelum masuk ke topik pembelajaran untuk hari tersebut. Pelbagai celoteh yang keluar daripada mulut masing-masing menceritakan percutian mereka pada minggu lepas. Mereka bercerita dengan penuh riang gembira.
Setelah itu, Cikgu Melati mula memasuki tajuk dengan bertanya kepada murid bagaimanakah cara untuk kita sentiasa dalam keadaan bersih?. Semua murid mengemukakan pendapat masing-masing.
Ada yang mengatakan mandi, membasuh tangan dan sebagainya. Lalu Fizi berkata "berwuduk cikgu!", sambil menceritakan kepada yang lain. Cikgu Melati berkata,"semua jawapan yang kamu berikan betul dan bagus tetapi jawapan yang paling tepat adalah jawapan Fizi. Tahniah kepada kamu semua".
Cikgu Melati bertanya,"Siapa pandai ambil wuduk?". Ramai murid-murid yang mengangkat tangan tanda mereka tahu tentang cara mengambil wuduk. Tiba-tiba seorang murid di bahagian belakang mengangkat tangan dan bertanya "Apa maksud wuduk itu cikgu?". Cikgu Melati tersenyum sambil menjawab "Wuduk ialah perbuatan meratakan air ke anggota tertentu beserta dengan niat". Ijat mengangguk tanda faham.
Kemudian, Cikgu Melati meminta murid-murid untuk menyelak buku teks muka surat 96. Cikgu Melati bertanya kepada murid-murid "Siapa boleh sebut apakah tujuan berwuduk?". Ipin mengangkat tangan, "Saya cikgu, menyentuh al-Quran, solat, tawaf". "Betul Ipin, itu adalah tujuan wajib berwuduk. Siapa pula yang boleh berikan tujuan sunat berwuduk?". Kata cikgu Melati. Ehsan menjawab "Sebelum tidur, membaca al-Quran dan menuntut ilmu". Cikgu Melati berkata "Bijak murid-murid cikgu".
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan buku bertajuk "Wuduk Sempurna". Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Adzli bin Ismail atas bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menghasilkan buku tersebut. Kami juga berterima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses penyediaan buku ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang menyokong dan membimbing kami.

Tepat jam 6.30 pagi jam loceng Kak Ros mula kedengaran. Kak Ros segera mengejutkan kedua-dua adiknya iaitu Upin dan Ipin untuk mempersiapkan diri bagi solat subuh dan ke sekolah.
Setelah sampai di sekolah, Upin dan Ipin pun berbual-bual bersama rakan-rakan sambil menunggu Guru Pendidikan Islamnya iaitu Cikgu Melati untuk masuk ke dalam kelas.
Tepat jam 8.00 pagi, Cikgu Melati pun masuk ke kelas. Ehsan dengan segera memberi ucapan "Selamat Pagi Cikgu!", diikuti juga dengan rakan-rakan yang lain.
- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(5)
-
COMMENT(3)
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $3.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $3.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (5)
- COMMENT (3)
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(5)
-
COMMENT(3)
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!