

"Indah Mekar Kembang Merak"
Aizat Haneef Bin Azroei
PS3T2-9
BMMB3083 Drama Dalam Pendidikan
Dr Noor Hayati Binti Che Mat
IPG Kampus Ilmu Khas
2022


Penghargaan
Jutaan penghargaan diucapkan kepada Dr Noor Hayati Binti Che Mat yang telah mengajar dan membimbing saya sepanjang semester 3 Tahun 2 dalam kursus BMMB3083 Drama dalam Pendidikan ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam kumpulan PS3T2-9 terutamanya Norhana Nazihah yang bersama-sama dengan saya memberi sumbangan untuk menyiapkan buku cerita ini.
"Indah Mekar Kembang Merak" merupakan sebuah karya asli yang dihasilkan bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus BMMB3083 Drama Dalam Pendidikan. Idea dalam penghasilan karya ini diilhamkan oleh pengalaman terhadap pembacaan kisah-kisah kanak-kanak yang menarik. Justeru, buku ini juga berhasratmemberi keseronokan serta mesej yang bermakna buat para pembaca.
Di sebuah hutan rimba yang aman dan damai, tinggal banyak haiwan liar dengan penuh kesejahteraan.

Pada suatu hari, Sang Merak sedang berjalan di bawah sinar matahari yang terik. Secara tiba tiba…


Zussssss…. (Bunyi Sang Helang meluncur untuk menerkam mangsanya)
Sang Merak: Wah! Hebatnya kau tangkap tikus tu Helang. Sungguh pantas dan cekap.
Sang Helang: Sudah semestinya. Mata aku sangat tajam malah aku mampu terbang dengan sangat laju.
Sang Merak: Mesti mudah hidup aku untuk cari makan kalau aku jadi kau. Kau seekor pemburu yang handal.
Sang Helang: Jangan kau samakan kita berdua, kau tak mampu terbang tinggi apatah lagi pantas seperti aku.
Swushhhhhh…. (Helang terbang meninggalkan Merak)
Merak tersentak dengan kata-kata Helang lalu meneruskan perjalanannya dengan wajah yang sedih.


Sang Merak kini berjalan di sisi sebatang sungai yang mengalir air jernih. Di sebalik gelora aliran sungai tersebut, tiba-tiba muncul Sang Toman menyapa Merak.
Sang Toman : Mengapa kau kelihatan sedih Merak?
Sang Merak : Tiada apalah, aku cuma merasakan diri aku tidak setanding haiwan yang lain di hutan ini. Sang Helang pemburu yang handal dan aku tak mampu untuk memburu sepertinya.
Sang Toman : Aku yakin kau juga mampu melakukannya. Mungkin kau ada kelebihan yang kau masih belum tahu.
Sang Merak : Kelebihan yang aku masih belum tahu? Aku tak rasa aku ada kelebihan Toman. Hmmmmmm…
Sang Toman : Tak usah kau bilang begitu, kau perlu berusaha untuk cari kelebihannkau sendiri.
Sang Merak : Bagaimana aku ingin mencarinya Toman? Mengapa sampai sekarang aku tidak jumpa kelebihan diri aku seperti yang kau katakan?
Sang Toman : Tiada usaha tiada hasil Merak. Aku perlu berundur diri dahulu, semoga kau jumpa apa yang kau cari Merak. Jumpa lagi.
Sang Merak : Terima kasih Toman, jumpa lagi.


Sang Merak kini merasa keletihan lalu berehat di bawah sebuah pohon. Tenang dia melabuhkan badan, datang Sang Merpati membawa sebuah berita.
Sang Merpati : “Raja Singa menjemput semua haiwan yang berminat untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Rimba berkumpul di dataran esok pagi”
Pruhhhhh…. (Sang Merpati terbang meninggalkan Sang Merak)
Sang Merak : Pertandingan Nyanyian Rimba? Mungkin kelebihan aku, ada pada nyanyian. Toman kata aku perlu cari kelebihan aku sendiri. Jadi, mungkin ini peluang aku.(Merak bermonolog)
Sang Merak segera pulang ke sarangnya untuk berehat agar bersedia menghadapi pertandingan pada esok pagi
Cahaya matahari pagi menyuluh seluruh dataran. Sang Merak telah hadir ke dataran sejak awal pagi untuk menyertai pertandingan nyanyian tersebut. Kelihatan beberapa haiwan lain juga turut melibatkan diri sebagai peserta dan ada juga yang ingin menonton.

Raja Singa : Selamat datang kepada semua warga rimba. Hari ini kita akan adakan Pertandingan Nyanyian Rimba untuk mencari suara haiwan yang paling merdu dalam rimba ini!
Haiwan-Haiwan : Wuuuuuuuuuuuu ……… (penonton bersorak)
Raja Singa : Mulakan pertandingan


Para peserta yang mengambil bahagian mula bernyanyi mengikut giliran. Kemudian tiba giliran Sang Katak untuk bernyanyi.
Sang Katak : “Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok, angin yang goncang…….” (Sang Katak menyanyikan lagu “Tanya Sama Pokok” sehingga habis)
Haiwan-Haiwan : Pak..Pak..Pak..Pak..Pak.. (penonton menepuk tangan dengan sangat gemuruh)
Seluruh hutan rimba terdiam mendengar nyanyian Sang Katak. Warga rimba sangat terpegun dengan kemerduan suara yang dimilikinya.
Kini tiba giliran Sang Merak sebagai peserta terakhir untuk bernyanyi. Jantungnya berdegup kencang kerana tidak pernah menyanyi sebelum ini.

Sang Merak : “Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas…..” (Sang Merak menyanyikan lagu “Enjit-enjit semut serangkap)
Hanya serangkap sahaja lirik lagu yang sempat dinyanyikan oleh Sang Merak. Kemudian suasana menjadi sangat riuh.
Haiwan-Haiwan : HAHAHAHAHAHAHA!!!
Semua penonton malah Raja Singa mentertawakan persembahan nyanyian Sang Merak. Nyanyian yang disampaikan oleh Sang Merak sangat sumbang sehinggamereka menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan tersebut. Sang Merak berasa sangat sedih dan kecewa lalu berlari meninggalkan dataran itu sejauh mungkin.
Raja Singa : Maka dengan itu, juara Pertandingan Nyanyian Rimba ialah……. Katak!
Haiwan-Haiwan : Wuuuu…Pak…Pak…Pak…Wuuuu Pak..Pak. (penonton menepuk tangan dengan sangat gemuruh sambil bersorak)
Raja Singa : Tahniah Katak, suara kau sangat merdu bukan seperti Merak.
Sang Katak : Terima kasih Raja Singa. Saya hargai anugerah ini.



- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors


"Indah Mekar Kembang Merak"
Aizat Haneef Bin Azroei
PS3T2-9
BMMB3083 Drama Dalam Pendidikan
Dr Noor Hayati Binti Che Mat
IPG Kampus Ilmu Khas
2022


Penghargaan
Jutaan penghargaan diucapkan kepada Dr Noor Hayati Binti Che Mat yang telah mengajar dan membimbing saya sepanjang semester 3 Tahun 2 dalam kursus BMMB3083 Drama dalam Pendidikan ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam kumpulan PS3T2-9 terutamanya Norhana Nazihah yang bersama-sama dengan saya memberi sumbangan untuk menyiapkan buku cerita ini.
"Indah Mekar Kembang Merak" merupakan sebuah karya asli yang dihasilkan bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus BMMB3083 Drama Dalam Pendidikan. Idea dalam penghasilan karya ini diilhamkan oleh pengalaman terhadap pembacaan kisah-kisah kanak-kanak yang menarik. Justeru, buku ini juga berhasratmemberi keseronokan serta mesej yang bermakna buat para pembaca.
Di sebuah hutan rimba yang aman dan damai, tinggal banyak haiwan liar dengan penuh kesejahteraan.
- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $5.79+) -
BUY THIS BOOK
(from $5.79+) - DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!