
This book was created and published on StoryJumper™
©2014 StoryJumper, Inc. All rights reserved.
Publish your own children's book:
www.storyjumper.com



Matahari menyinari bumi. Ridhwan
sedang berbasikal untuk ke taman
Changi. Cuaca pada hari itu sungguh
panas. Hari itu cuti sekolah dan dia
berasa amat gembira. Dia ternampak
taman yang indah itu and tersenyum lebar
bersendirian.


Ridhwan berbesar hati apabil
menunggang basikal yang
dihadiahkan oleh ibunya. Di taman
Changi, terdapat ramai orang yang
sedang berkelah. Taman itu
berdekatan dengan rumahnya.

Apabila sampai di tempat letak kereta
taman itu, Ridhwan ternampak dua
orang lelaki sedang memecahkan
pintu sebuah kereta mewah. Dia
bersembunyi dan berasa kurang
selesa. Dia terperanjat apabila
ternampak seorang daripada mereka
mengambil telefon bimbit. Dengan
pantas, Ridhwan menelefon polis.

Dengan perasaan panik, Ridhwan
menekan nombor polis lalu memberitahu
mereka apa yang sedang berlaku. Dia pun
bersembunyi di belakang pokok sambil
memerhatikan dua orang lelaki itu. "Kami
akan ke sana secepat mungkin! Kamu
jangan risau, kami akan membuat apa
yang patut dilakukan," mereka berkata.


Dua orang perompak itu melihat
sekeliling mereka dan Ridhwan
berasa semakin takut. Basikalnya
terjatuh dengan bunyi yang kuat.
Namun, budak lelaki itu terdengar
siren kereta polis dari jauh.
Perompak-perompak itu ternampak
Ridhwan lalu berasa terkejut. Mata
mereka menunjukkan perasaan
yang marah.

Dua orang lelaki itu mengejar
Ridhwan sehingga tertinggal basikal
barunya itu. Dia melarikan diri
sepantas kilat seperti lipas kudung.
Ridhwan berasa cemas. Nafasnya
tercungap-cungap. Tiba-tiba dia
ternampak beberapa pegawai polis
sedang menggari perompak-
perompak itu. Dia hanya boleh
bersyukur dia tidak cedera.
You've previewed 10 of 16 pages.
To read more:
Click Sign Up (Free)- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors




This book was created and published on StoryJumper™
©2014 StoryJumper, Inc. All rights reserved.
Publish your own children's book:
www.storyjumper.com



Matahari menyinari bumi. Ridhwan
sedang berbasikal untuk ke taman
Changi. Cuaca pada hari itu sungguh
panas. Hari itu cuti sekolah dan dia
berasa amat gembira. Dia ternampak
taman yang indah itu and tersenyum lebar
bersendirian.

- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
-
SAVE
- DOWNLOAD
- LIKE (1)
- COMMENT ()
- SHARE
- SAVE
- Report
-
LIKE(1)
-
COMMENT()
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!