Kita mampu mengubah diri jika kita mempunyai kesungguhan dan keyakinan!
Usaha tangga kejayaan!
Khas buat anak-anakku
Syabil
Daryn
Edril
Inez


Hai! Saya Eddy. Saya berumur tiga belas tahun. Saya tinggal di Pulau Pinang. Saya ialah seorang pelajar tahun lapan di Sekolah Antarabangsa Matahari. Di sekolah, kawan-kawan memanggil saya 'Eddy Jumbo' kerana badan saya gemuk.


Hobi saya ialah memasak. Saya selalu menolong ibu saya memasak. Saya juga suka mencuba pelbagai jenis resepi pada masa lapang. Saya suka makanan yang manis dan berlemak seperti kek, gula-gula, aiskrim, nasi lemak dan roti canai. Saya juga suka makan makanan segera dan makanan ringan seperti burger, piza, ayam goreng dari restoran makanan segera, keropok-keropok, coklat, roti berkrim dan sebagainya.






Mak ni bising la! Saya makan sebab saya lapar! Makanan-makanan ini amat sedap! Lagipun saya tidak ada penyakit kronik!
Kamu harus elakkan makan makanan yang manis, berminyak dan berlemak Eddy! Tidak bagus untuk kesihatan kamu. Tengok badan kamu tu, semakin gemuk!










Kamu ni sangat degil! Kamu harus tahu, makanan bergula, berminyak dan berlemak tidak bagus untuk kesihatan! Kamu juga malas bersenam. Gaya hidup kamu tidak sihat! Kamu seharusnya makan makanan berkhasiat dan bersenam untuk hidup sihat! Mak dah berapa kali nasihat kamu. Kamu masih tidak peduli! Kamu tak takut ke kalau kamu mendapat penyakit? Sebelum nasi menjadi bubur, kamu perlu mengubah tabiat pemakanan kamu Eddy!
Hmm...baiklah. Saya akan cuba mak.



Pada malam itu, saya teringat pesanan emak. Memang betul kata emak, saya malas bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Saya gagal mengawal nafsu makan saya. Saya diejek di sekolah kerana saiz badan saya yang gemuk! Walaupun ada masanya saya berasa malu dan marah dengan gelaran 'Eddy Jumbo", saya masih tidak mengendahkan nasihat ibu untuk berubah. Saya harus membuktikan kepada semua orang yang saya mampu mengubah diri saya!


Saya tidak mahu makan makanan bergula, berlemak, berminyak, makanan segera dan makanan ringan. Saya mahu sihat! Saya tidak mahu diejek oleh kawan-kawan! Saya tidak mahu dipanggil Eddy Jumbo!
- Full access to our public library
- Save favorite books
- Interact with authors
Kita mampu mengubah diri jika kita mempunyai kesungguhan dan keyakinan!
Usaha tangga kejayaan!
Khas buat anak-anakku
Syabil
Daryn
Edril
Inez


Hai! Saya Eddy. Saya berumur tiga belas tahun. Saya tinggal di Pulau Pinang. Saya ialah seorang pelajar tahun lapan di Sekolah Antarabangsa Matahari. Di sekolah, kawan-kawan memanggil saya 'Eddy Jumbo' kerana badan saya gemuk.


Hobi saya ialah memasak. Saya selalu menolong ibu saya memasak. Saya juga suka mencuba pelbagai jenis resepi pada masa lapang. Saya suka makanan yang manis dan berlemak seperti kek, gula-gula, aiskrim, nasi lemak dan roti canai. Saya juga suka makan makanan segera dan makanan ringan seperti burger, piza, ayam goreng dari restoran makanan segera, keropok-keropok, coklat, roti berkrim dan sebagainya.






Mak ni bising la! Saya makan sebab saya lapar! Makanan-makanan ini amat sedap! Lagipun saya tidak ada penyakit kronik!
Kamu harus elakkan makan makanan yang manis, berminyak dan berlemak Eddy! Tidak bagus untuk kesihatan kamu. Tengok badan kamu tu, semakin gemuk!








- < BEGINNING
- END >
-
DOWNLOAD
-
LIKE(4)
-
COMMENT(1)
-
SHARE
-
SAVE
-
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) -
BUY THIS BOOK
(from $2.99+) - DOWNLOAD
- LIKE (4)
- COMMENT (1)
- SHARE
- SAVE
- Report
-
BUY
-
LIKE(4)
-
COMMENT(1)
-
SHARE
- Excessive Violence
- Harassment
- Offensive Pictures
- Spelling & Grammar Errors
- Unfinished
- Other Problem
COMMENTS
Click 'X' to report any negative comments. Thanks!